Pengiktirafan yang diterima Sabran Asmawi

Menjalankan kerja dakwah adalah kerja yang sangat mulia di sisi Allah Ta'ala. “Jika kamu menolong Agama Allah, nesacaya Allah pasti akan menolong kamu” mafhum ayat al-Quran. Pengiktirafan Allah Ta'ala inilah yang tertinggi dan mahu di kejar oleh para ilmuan dan pendakwah sejak dari zaman Rasullulllah s.a.w, para sahabat baginda, pengikut sahabat dan pewaris-pewaris baginda hingga akhir zaman. Bagi yang merintis jalan yang mulia dan berliku ini, tiada yang lebih penting dari pengiktirafan dari Allah Ta'ala [15]:

(إﻧﻤﺎ ﻳﺨﺸﻲ اﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻋﺑﺎده اﻟﻌﻠﻤﺎء)

Ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah Ta'ala dari kalangan hamba-Nya hanyalah Ulama’” [16]

Bukanlah pengiktirafan dunia yang mahu dikejar. Paling penting adalah untuk mencari keredhaan Allah Ta'ala, mengeluarkan diri, keluarga serta maysrakat dari zulmat (ﻇﻠﻤﻪ) gelap kejahilan dan berkongsi ilmu pengetahuan yang ada. Inilah antara tiga tujuan utama dalam menjalankan usaha dakwah. Bukanlah di minta tetapi mungkin atas kesedaran pihak-pihak yang berwajib; Allahyarham TG pernah menerima anugerah “Tokoh Ma’al Hijrah” peringkat Daerah Kerian pada tahun 2006.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm